home

Tuesday, November 2, 2010

PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK

            Pengajaran Berasaskan Projek (

          Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran.

          Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal ini merangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan peralatan dalam pelaksanaan projek.

 
          Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.

           Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

 
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
        Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:

a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai
b. Berorientasikan dunia sebenar.
c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan
pembelajaran.
d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi.
e. Menggunakan kaedah pengalaman "hands-on".
f. Memberi pemahaman yang tinggi.
g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.
h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.
i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan
sendiri.
k. Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan
menghubungkan yang baru dengan yang lama.
l. Pembelajaran melibakan data semasa.
m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek.
n. Pembelajaran merentasi kurikulum.
o. Guru sebagai fasilitator.
p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.

Amalan Pengajaran Berasaskan Projek
        Di Singapura kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999 sebagai susulan daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu dan ekonomi dunia (Murphy, 2003.110). Ini menunjukkan pelaksanaan kaedah projek dalam pembelajaran di Singapura telah lama ditekankan. Ia menunjukkan kepentingannya sebagai penjana ilmu ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat negara tersebut.  Di Negara Malaysia kaedah ini juga mendapat perhatian yang mendalam dalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan negara.

          Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif RECSAM_SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggerisi , Matematik dan Matematik Tambahan bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong & Michael, 2000 mukas surat 61-62). Dalam sukatan matapelajaran di sekolah banyak unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan komponen kerja kursus oleh pelajar.

          Melalui penelitian tentang kajian-kajian serta tulisan-tulisan yang lalu didapati kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bersaskan Projek ini memang telah lama diamalkan dan merupakan kaedah yang semakin dititikberatkan. Kaedah ini didapati amat sesuai dalam konteks demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia memberi bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek
Project Based Learning/PBL)merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

6 comments:

  1. Assalammualaikum...
    Terima kasih byk2 utk post ni.. sy dpt byk maklumat utk saya gunakan.. minta halal yer ilmu ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum . mohon dijadikan rujukan . syukran .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih di atas perkongsian ilmu :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas pengetahuan ini. Minta halal saya copy

    ReplyDelete
  5. asssalamualaikum...terima kasih atas perkongsian.Mohon izin untuk dijadikan rujukan.Terima kasih.

    ReplyDelete