home

Monday, October 11, 2010

Asal - usul wayang kulit

 Wayang kulit sangat popular di rantau Asia Tenggara.  Terdapat berbagai bentuk dan jenis wayang kulit bergantung kepada suasana dan latar belakang masyarakat.  Wayang kulit telah wujud di Kemboja (Kampuchea) lebih 1000 tahun yang lalu.  Di Malaysia, wayang kulit mula diperkenalkan 300-400 tahun yang silam.  Mengikut catatan sejarah wayang kulit pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.

          Wayang kulit yang tertua di Kemboja dan Thailand telah dipersembahkan oleh sekumpulan yang pandai bertindak pantas, berdiri bersebelahan, setiap seorang memegang sekumpulan kerektor Ramayana di atas kepala mereka.  Kerektor-kerektor tersebut lebih 4 kaki tinggi, dan menari secara melintang di belakang skrin yang berukuran 20 kaki panjang dan 8 kaki tinggi.  Persembahan ini mungkin satu kerja seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi. 

               Wayang kulit gergasi ini adalah untuk persembahan kerabat diraja, tetapi jenis yang lebih mudah dan kecil telah diadakan di Kemboja dan Thailand pada masa kemudian untuk hiburan masyarakat umum.  Figura yang dibuat daripada kulit lembu, mempersembahkan watak individu dari Ramayana dan jarang yang lebih daripada 2 kaki tinggi.  Figura ini dikendalikan oleh seorang atau lebih pemain patung duduk di atas platfom kayu di belakang skrin kain kapas yang lebih kecil.  Ini adalah fom persembahan yang biasa dilakukan di Semenanjung Malaysia, tetapi berlainan di Jawa.


        Walau bagaimana pun terdapat catatan bahawa pada tahun 1612, seorang raja perempuan Melayu di Patani di sebelah utara telah mempunyai kumpulan wayang kulitnya sendiri.  Wayang kulit Melayu menyerupai wayang kulit yang dimainkan oleh orang Khmer dan Thai tetapi berbeza daripada wayang kulit di Indonesia.

        Di Malaysia, cerita-cerita daripada Ramayana sering dimainkan.  Di Jawa dan Bali, kebanyakan cerita datangnya daripada Mahabharata, iaitu cerita tentang Raja Pandu dan lima orang puteranya.  Wayang kulit merupakan hiburan rakyat jelata pada masa dahulu.  Oleh kerana peredaran masa, wayang kulit Malaysia mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut selera dan kehendak masyarakat setempat.  Misalnya, pada patung-patung telah diwarnakan.

        Peninggalan pusaka kebudayaan Melayu ini mengandungi unsur-unsur yang berhubungkait dengan ketuhanan dan alam.  Patung-patung melambangkan hakikat manusia, manakala bayang-bayang patung yang tertera di kelir (layar) melambangkan manusia di alam nyata.  Wayangkulit pernah dijadikan alat pengajaran dan dakwah selama beberapa zaman oleh masyarakat peribumi.  Objek-objek dalam persembahan wayang kulit seperti dalang, muzik, pelita, dan panggungnya mempunyai makna-makna dan pengertian yangt tertentu.

1 comment:

  1. https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/12/instagram-bakal-hadirkan-fitur-regram.html
    https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/12/jangan-remehkan-pentingnya-kontak-mata.html
    https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/12/5-hewan-yang-dikonsumsi-manusia-ini.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At vip99domino.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete