home

Monday, October 11, 2010

Apa iTu Wayang Kulit..???

Wayang kulit ialah aktiviti di mana patung, objek atau bahan  digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.  Kita boleh menggunakan berbagai-bagai jenis patung yang melambangkan watak-watak tertentu.  Aktiviti ini menggunakan gerak-geri, patung, dan gambar.  Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.

        Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), wayang ialah patung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk mempertunjukkan sesuatu cerita.  Patung-patung wayang kulit boleh berbentuk manusia, haiwan, dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak, situasi atau cerita tertentu.  Patung ini dapat dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.  Biasanya patung ini nipis dan berbentuk dua dimensi.  Pemain wayang kulit menggunakan dialog sesuai dengan watak patung berkenaan.  Suara latar, muzik, atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan patung itu.

 
Go to fullsize image

Wayang kulit boleh dimainkan atau dilakonkan oleh seorang atau beberapa orang pemain bergantung kepada keadaan, keperluan dan tujuan.  Dalam sesuatu persembahan wayang kulit terdapat pelbagai unsur kecindan, jenaka, peristiwa, watak, suspen, ketegangan, dialog, kesan bunyi, nyanyian dan sebagainya yang menghiburkan.

Wayang kulit adalah satu persembahan teater paling awal di kebanyakan negara Asia Tenggara.  Ia telah wujud di Kemboja sekurang-kurangnya seribu tahun yang lalu dan di Laos dan Thailand lebih daripada 500 tahun dahulu.  Wayang kulit ini mungkin telah wujud di Jawa sebelum kedatangan bangsawan Hindu pada awal era kristian dahulu.  Wayang kulit telah dipersembahkan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa ratus tahun, tetapi ia kelihatan tidak dilaksanakan di Malaysia Timur atau di Brunei.

View Image

Terdapat perbezaan perkataan bagi istilah yang digunakan untuk mengenalkan wayang kulit di Malaysia dan di Indonesia.  Di Malaysia ia dikenali sebagai Wayang Kulit tetapi di Indonesia ia dikenali sebagai Wayang Purwa.  Bagaimana pun Wayang Kulit di Malaysia adalah berasal dari Indonesia. 

Jika terdapat kaitan di antara Wayang Kulit Melayu dan Jawa ia adalah secara tidak langsung dan mungkin telah disumbangkan oleh putera Khmer yang menjadi tawanan di Jawa, yang dikenali juga sebagai Jaya Varman II.  Beliau telah kembali dari Jawa ke Kemboja pada akhir abad ke 19.  Tidak mustahil apabila beliau menonton wayang kulit di Jawa, beliau merancang fom wayang kulit Kemboja, yang berlainan pada persembahan dan corak rekaan figuranya.  Seterusnya ia mengarah kepada asal usul wayang kulit Thai dan Melayu beberapa abad kemudian.

        Perkaitan yang penting di antara persembahan wayang kulit Khmer, Thai dan Melayu adalah Ramayana, epic Hindu yang yang sering menyumbangkan kebanyakan cerita-cerita untuk wayang kulit.  Sebaliknya penganjur wayang kulit Jawa dan Bali lebih suka kepada Mahabhrata, dengan berbagai-bagai Tuhan dan Hero.

Pada abad ke 19 wayang kulit Melayu mempersembahkan cerita Ramayana, telah membuat pertunjukan secara tetap di Patani, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.  Pemain wayang kulit bergerak di bandar-bandar utara dijemput ke Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan sepanjang pantai timur Johor.  Kuala Langat District Officer, W.W Skeat menempah satu set 149 figura wayang kulit daripada pemain wayang kulit bergerak dari Kelantan yang mengadakan persembahan di daerah tersebut pada 1897.  Kemudian beliau menghadiahkan set tersebut kepada 慚useum of Archaelogy and Ethnology?di Cambridge di mana ia masih boleh dilihat sehingga sekarang.
       
        Pada separuh kedua abad ke 20 seni ini berkembang hanya di Kelantan, di mana 300 pemain wayang kulit telah dikenalpasti pada tahun 1969.  Pemain wayang kulit dan pemain muzik telah dikekalkan oleh ramai raja-raja Melayu di Utara pada abad ke 19, tetapi pada abad ke 20 penaung budaya telah bekurangan dan tiada lagi dan pemain wayang menanggung hidup mereka  dengan membuat persembahan di majlis berkhatan, perkahwinan dan perlaksanaan ikrar.

1 comment:

  1. boleh saya tau sumber rujukan tentang wayang kulit ni awak dapat dari mana?

    ReplyDelete